Selasa, 22 Februari 2022

KARYA MURAL GERGASI BANGUNAN WISMA WANITA SABAH, JABATAN HAL EHWAL WANITA SABAH.

Karya mural gergasi ini dihasilkan oleh 7 orang pelukis dan juga merupakan guru/pensyarah Seni Visual di Pusat Tingkatan Enam sekolah-sekolah di Sabah yang menggelarkan kumpulan mereka sebagai The & Tobpinai di mana Datuk Dr Mistrine Radin, Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Sabah merupakan penaung kepada kumpulan ini.Mereka ialah:-

EN. SABATING @ BARON KAMPIAU
EN. JOHNNY CHIN
EN. MOHD. ASPURANI BIN ISMAIL
EN. AWANG ROSLAN BIN AWANG YUSOFF
EN. ABRIN BIN SABTARI
EN. MUNIF BIN AHMAD MUSAHAR
EN. SEIDI ATIMAN @ SAIDINA


1. PENENTUAN TEMA;
Karya mural ini bertemakan ketabahan wanita. Mempunyai hati yang lembut namun
mempunyai pendirian yang tegas. berpenampilan sopan, tetapi gerak kerjanya pantas,
tampak lemah namun sangat kuat terutama apabila mendapat sokongan dan
dorongan keluarga.
Betapa hebatnya perumpamaan yang boleh diberikan khusus buat insan bergelar
wanita. Dari sudut pengobanan, peranan wanita masa kini sangat besar terutama
dalam menggalas tanggungjawab sebagai ibu dan sebagai pemimpin. Wanita
berupaya menggoncang dunia. Wanita juga menjadi tonggak kejayaan sesebuah
negara.
Tanpa menghiraukan kepenatan dirasai, kesedihan dialami dan keperitan dihadapi,
wanita tetap utuh berdiri menjalankan tugasnya. Berjiwa kental sering berdepan
dengan pelbagai cabaran yang cukup berat. namun semua cabaran dapat di lalui
dengan sokongan keluarga.
2. PENENTUAN SUBJEK
Subjek utama terdiri daripada figura wanita memegang bumi dan taman padi. Subjek
sampingan adalah figura lelaki, kanak-kanak, burung-burung, langit dan dataran yang
luas terbentang.
3. PENENTUAN KONSEP
Karya ini berkonsepkan pascamoden Iaitu mengabungkan unsur tradisional dan
moden. Imej wanita dihasilkan dengan menerapkan unsur tradisional pada pakaian.
Sementara itu imej sampingan seperti panorama alam, burung, figura lelaki dan kanak
kanak diolah dengan konsep moden. Namun begitu karya ini ditampilkan dalam olahan
semi abstrak.
4. ASPEK VISUAL
4.1 KANDUNGAN
Figura wanita memeggang bumi bermaksud keberanian dan kesanggupan wanita
menggalas tanggungjawab yang berat. wanita mengenakan pakaian yang bermotif
supaya sinonim dengan perwatakan yang lembut dan suka akan keindahan. Pakaian
itu adalah tekstil daster yang dipakai oleh suku kaum murut. Namun begitu agar tidak
bersifat satu kaum maka olahan perlu dilakukan agar kelihatan universial. Maka motif
flora digabung supaya kostium itu kelihatan tidak mewakili mana-mana kaum disabah.
Beberapa batang padi akan menjadi simbol kepada kesuburan wanita dan
kemampuan dalam membantu memberi rezeki. Sementara itu tongkat itu adalah
pelambangan kepada sokongan keluarga.

Subjek Bumi ialah perlambangan kepada amanah dan tanggungjawab yang setiap
manusia wajib menjaga kesejahteraan alam. Dan tanggungjawab juga menjadi
tanggungjawab dan mampu dipikul oleh wanita.
Figura lelaki dan kanak-kanak adalah keluarga yang anugerah dan menjadi sumber
kekuatan luar biasa yang sukar ditandingi dalam mewarni kehidupan dahulu, kini dan
akan datang
Panorama alam yang luas adalah impian dan cita-cita wanita yang luas dalam
mengejar sesuatu untuk diri, keluarga, negara dan agama
Burung-burung adalah tafsiran kejayaan kaum wanita yang bebas memilih pelbagai
bidang yang diceburi.

4.2 KONTEKS
Dalam karya wanita merupakan individu yang tabah memegang tanggungjawab yang
berat dalam rumah, negara dan peringkat dunia. Terkenal dengan sifat kelembutan
dihayati melalui pemakaian kostium. Penutupkan kepala merupakan kesucian peribadi
dalam menjaga maruah diri dan keluarga.
Namun begitu, tanpa sokongan kejayaan wanita mungkin terbantut, justeru keluarga
iaitu ibubapa, suami, anak-anak dan komuniti adalah aspek yang menjadikan wanita
ini mampu berdiri dan mencapai kecemerlangan secara total.
Meletakkan wanita pada ruang, situasi dan masa tidak mampu menghalang peranan
mereka dijalankan secara dinamik.

4.3 ASPEK SENI
Garisan akan kelihatan atas karya berfungsi meperkuatkan visual imej supaya lebih
jelas dilihat. Penggunaan garisan jelas dilihat dalam penghasilan lukisan “doodle”
Warna-warna sejuk mendominasikan keseluruhan ruang permukaan. Walaupun
begitu terdapat juga warna panas digunakan untuk megimbangi warna sejuk. Warna
sejuk diguna pada latar dan warna panas pada ekspresi wajah subjek utama.
Pancaran cahaya warna cerah pada bahagian langit meletakan subjek utama kontra
dan mampu mendominasikan keseluruhan permukaan.
Jalinan pada permukaan kostium adalah menggunakan teknik “doodle” untuk
menimbulkan satu persembahan yang unik. Ini kerana, teknik yang digunakan adalah
gabungan “scumbling” dan “hard edge”.
Secara keseluruhan karya ini akan kelihatan harmoni dari sudut komposisi aspek seni.
Karya ini juga menimbulkan ilusi irama dan pergerakan, kesan ini boleh dilihat pada
subjek awan, burung dan pakaian untuk imej figura.

5. KEPENTINGAN
1. Melihat peranan wanita daripada pelbagai sudut khusus keterlibatan dalam
kemajuan negara.
2. Melihat pengorbanan wanita sebagai ibu yang melahirkan anak sebagai pewaris
dan pemegang amanah bangsa.
3. Melihat wanita sebagai individu pertama yang memberi pendidikan kepada anak
yang menjadi generasi penting pada masa akan datang
4. Melihat sokongkan keluarga terhadap kejayaan wanita tenggungjawab yang
diamanahkan.
6. KEASLIAN
Idea karya ini belum pernah di persembahan pada mana-mana karya sebelum ini.
Subjek-subjek dalam karya ini adalah hasil imitasi daripada laman web yang sesuai
dan diolah serta ditampilkan mengikut gaya pengkarya.




























Jumaat, 14 Januari 2011

Rakaman Alam












Sabtu, 27 Februari 2010

Program Seni Persatuan Seni Visual Sabah (PSVS) di Rumah Yayasan Kebajikan Suria 27/02/2010

Diane sedang memerhatikan anak-anak yg berbakat ni menghasilkan drawing..yg paling best part ' contour drawing'..siap kasi gerak tangan lagi...gesture tu..
..saudara Matthew Aziz dan Datin Maimun sedang memerhatikan ahli kumpulannya menghasilkan karya..self expression..very nice work dan jujur..

..tak sangka rupa-rupanya staf kat Yayasan Kebajikan Suria ni memang berbakat dalam seni..ada yg wat lanskap.dan ust Haron menghasilkan kaligrafi arab berbentuk burung..itulah seni..


..sesungguhnya staf kat sini memang sporting..





..antara work oleh kumpulan Ag. Fadilah..melukis kucing..

..melukis kucing..